Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

SAM kesal MB Kedah cadang tebang balak

Mohd Sabri Said Fri Jun 20, 08 3:01:48 pm MYT

GEORGETOWN, 20 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah kena mengutamakan amanah rakyat dengan memelihara alam sekitar daripada bertindak menebang pokok balak lebih-lebih lagi di kawasan tadahan air yang pastinya memberi kesan pada ribuan petani kata, Pegawai Sahabat Alam Malaysia (SAM), Anuar Mahmod. -->
Baginya, kenyataan Menteri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak tidak wajar kerana ia mengundang kemarahan rakyat terutamanya yang menjadi penghuni di persekitaran atau yang mempunyai kaitan dengan pertanian.
"Hutan tadahan merupakan kawasan kawalan yang seharusnya di pelihara bukan di cemari dengan penebangan," terang beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.
Kerajaan Negeri juga seharusnya mengambil pandangan beberapa pihak yang sedia ada memperjuangkan hak alam sekitar agar tidak menimbulkan kekeliruan umum.
SAM tidak mahu Pakatan Rakyat yang memenangi pilihan raya umum lalu melupai bahawa sebelum ini pernah menjadi juara berhubung alam sekitar dan komented dengan isu berkenaan.
Tetapi kini katana, ia terjebak pula dengan isu yang pernah ditentang sebelum ini. Maka, sudah tentu mendatangkan kesan politik yang membimbangkan.
Kerajaan Negeri juga perlu matang ketika membuat keputusan agar menambah keyakinan berbanding kepimpinan Barisan Nasional (BN) dulunya, sambungnya.
"SAM tidak mahu pembangkang di Kedah memainkan isu ini semula kerana dulu kita asyik menyalahkan mereka kerana bertindak mencemarkan alam sekitar," kata beliau.
Pemeliharaan hutan tadahan air katanya, amat penting kerana jika diabaikan ia boleh menimbulkan risiko pada masa akan datang terutamanya kepada petani di Kedah dan Seberang Perai, Pulau Pinang.
Bukan itu sahaja malahan penebangan di kawasan tadahan juga menyebabkan mendapan tanah dan mengakibatkan banjir, katanya.
Baru-baru ini Ustaz Azizan dalam kenyataan selepas mesyuarat mingguan exco bercadang akan menebang pokok balak di kawasan tadahan air setelah usahanya mendapat pampasan daripada Kerajaan Persekutuan tidak diendahkan.
Kedah sebelum ini pernah meminta diberi pampasan berikutan tidak menggunakan sumber balaknya demi mengekalkan kawasan tadahan air untuk disalurkan ke perairan MADA, Perlis dan Pulau Pinang.
Setelah membuat kajian Kerajaan Kedah boleh memperolehi RM100 juta setahun setelah menolak semua kos sekiranya kerja-kerja pembalakan di aktifkan. - mns_

Sumber : http://www.harakahdaily.net/

Admin : Berdiri atas kaki sendiri.
Jangan cakap tak serupa bikin.
 

blogger templates | Make Money Online